SINOPSIS
Topik
ini membincangkan tentang pengajaran sains di sekolah –sekolah rendah. Ia
memberikan penekanan kepada komponen kurikulum sekolah rendah.
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir
topik ini pelajar akan boleh mencapai:
1. Menerangkan matlamat pengajaran sains sekolah rendah.
2. Komponen-komponen yang ditekankan dalam
pengajaran kurikulum sains
sekolah-sekolah rendah.
MENGAPA SAINS PERLU DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH?
Dua
matlamat utama pendidikan sains sekolah rendah adalah;
i.
Untuk memupuk literasi saintifik bagi
membolehkan seseorang membuat keputusan
yang munasabah tentang isu –isu sains yang berkaitan dengan kehidupan mereka.
ii.
Untuk menghasilkan profesional yang kompeten dalam pelbagai bidang saintifik.
Literasi saintifik adalah kapasiti atau keupayaan untuk
menggunakan pengetahuan saintifik, untuk mengenalpasti soalan-soalan dan
menghasilkan kesimpulan berasaskan bukti bagi tujuan memahami dan membantu
membuat kesimpulan tentang alam semula jadi dan perubahan-perubahan yang
dilakukan keatasnya melalui aktiviti manusia.Literasi saintifik akan membantu
populasi untuk;
i. Membina
penyelesaian masalah yang berkesan
ii. Mengukuhkan
kecintaan kepada alam semula jadi
iii. Mengelakkan
menjadi mangsa dogmatism atau
kesaksuban
iv. Kebolehan
menggunakan teknologi-teknologi baru.
.
Terkandung dalam Wawasan
2020 adalah cabaran bagi mencapai masyarakat yang saintifik dan
progresif, satu masyarakat yang inovatif dan berpandangan jauh. Cabaran juga
adalah bagi menghasilkan masyarakat yang bukan sahaja boleh menggunakan
teknologi tetapi juga boleh menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
dimasa hadapan.Kurikulum pendidikan sains sekolah rendah kita dibina selari
dengan visi ini.
Matlamat
kurikulum sains sekolah rendah adalah bagi membina minat pelajar dan kreativiti
mereka melalui pengalaman seharian dan penyiasatan yang menggalakkan
pemerolehan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir disamping memupuk sikap
saintifik dan nilai-nilai murni. Kurikulum sains sekolah rendah direka bentuk
bagi merangsang sifat ingin tahu pelajar dan membina minat disamping membolehkan mereka mempelajari ilmu berkaitan
diri mereka serta dunia disekeliling mereka
melalui aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar. Ini akan menyediakan
pengalaman-pengalaman yang berguna bagi meningkatkan minat dalam sains dan
memberi peluang bagi pelajar memperolehi kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikit;
”Penekanan dalam
kurikulum sains sekolah rendah adalah pembelajaran melalui pengalaman yang
releven kepadakehidupan harian
pelajar,membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir,
mengaplikasikan prinsip-prinsip saintifik serta memupuk sikap saintifik dan
nilai-nilai murni” (Yeoh P.C. &
Gan C.M. 2003 ms22)
Penerokaan
sains bagi kanak-kanak adalah inkuiri sains – menerokai bahan-bahan/ peristiwa,
bertanya soalan-soalan, penyiasatan, merekod/ membentangkan hasil kerja mereka,
membuat refleksi tentang apa yang telah mereka
pelajari dan lakukan serta apakah
maknanya . Semua ini akan membolehkan mereka mencipta teori-teori baru atau
idea-idea tentang bagaimana dunia ini berfungsi. Kemahiran-kemahiran ini,
sikap, dan cara berfikir adalah penting dalam banyak bidang pembelajaran seumur
hidup. Di sekolah rendah, pelajar belajar kemahiran saintifik kerana:
- Kaedah-kaedah
ini digunakan oleh pasa saintis semasa melakukan penyelidikan dan mencari
jawapan-jawapan kepada
soalan-soalan tentang alam semula jadi. Melalui penggunaan kemahiran
proses sains, pelajar-pelajar mempelajari sains dengan cara yang sama
dengan cara seseorang saintis menjalankan kajian.
- Pembelajaran
bermakna berlaku bila pelajar menggunakan kemahiran proses sains bagi
meneroka persekitaran dan mendapatkan maklumat dari internet , memandu
mereka dalam proses membina pengetahuan mereka sendiri.
- Pengetahuan dan
kemahiran ini juga penting bukan saja dalam pembelajaran subjek sains
tetapi juga boleh digunakan merentas disiplin dan pengalaman-pengalaman semasa menyelesaikan masalah personal
juga bagi menyelesaikan masalah.
o Teori-teori saintifik dan prinsip-prinsip ini boleh diubahsuai atau
digantikan bila didapati tidak konsisten dengan bukti-bukti yang baru. Tidak
seperti Pengetahuan saintifik, kemahiran proses tidak akan ketinggalan zaman.
(Wan Yoke Kum et. al, 2003 ms 33)
Pengajaran
kemahiran saintifik perlu disepadukan ke dalam kandungan sains. Kemahiran
proses Sains perlu
MENGAPA SAINS PERLU DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH?
- Kaedah-kaedah
ini digunakan oleh pasa saintis semasa melakukan penyelidikan dan mencari
jawapan-jawapan kepada
soalan-soalan tentang alam semula jadi. Melalui penggunaan kemahiran
proses sains, pelajar-pelajar mempelajari sains dengan cara yang sama
dengan cara seseorang saintis menjalankan kajian.
- Pembelajaran
bermakna berlaku bila pelajar menggunakan kemahiran proses sains bagi
meneroka persekitaran dan mendapatkan maklumat dari internet , memandu
mereka dalam proses membina pengetahuan mereka sendiri.
- Pengetahuan dan
kemahiran ini juga penting bukan saja dalam pembelajaran subjek sains
tetapi juga boleh digunakan merentas disiplin dan pengalaman-pengalaman semasa menyelesaikan masalah personal
juga bagi menyelesaikan masalah.
diajar secara eksplisit di peringkat permulaan dan dikukuhkan melalui latihan lanjut. Kemahiran ini sepatutnya
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar. Pada
tahap satu. pelajar dikehendaki mempelajari asas kemahiran proses sains . Pada peringkat kedua pula,
kemahiran proses asas akan dilanjutkan untuk diperkukuhkan dengan memperkenalkan kemahiran proses
bersepadu.
Kemahiran Saintifik
SINOPSIS
Topik ini membolehkan
pelajar untuk menguasai kemahiran manipulatif dalam penyiasatan saintifik.
Kemahiran psikomotor ini membolehkan pelajar untuk menguasai:
1. Jenis
dan unit pengukuran
2. Mengguna dan
mengendali alatan sains
3. Melukis
gambarajah dan alatan dengan tepat
Hasil
pembelajaran
Pada akhir topik ini pelajar
dapat:
1.
Menerangkan kemahiran manipulaif sebagai proses
psikomotor yang perlu dikembangkan melalui penyiasatan saintifik
2. Menerangkan kemahiran
manipulatif dalam penyiasatan saintifik termasuk:
a) Jenis dan unit pengukuran
b) Penggunaan dan pengendalian alatan sains
c) Melukis gambarajah dan
alatan dengan tepat
dan cermat
e) Membersihkan peralatan
sains dengan betul
f) Penyimpanan alatan sains dan bahan makmal
dengan betul dan selamat
KEMAHIRAN
MANIPULATIF
Sains
menekankan inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan
penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di gunakan.
Kemahiran saintifik adalah penting dalam sebarang penyiasatan saintifik saperti
menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik merangkumi kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.
Apakah
dia kemahiran manipulative? Manipulatif bermaksud mengawal atau kebolehan
menggunakan sesuatu dengan mahir. Oleh itu kemahiran manupulatif adalah
kemahiran psikomotor yang membolehkan kita untuk melaksanakan kerja-kerja amali
yang melibatkan perkembangan koordinasi mata-tangan dan kebolehan mengendalikan
projek. Sebagai contoh seorang pelajar menggunakan sepasang tweezer. .dan kanta
pembesar untuk mengamati organ dalaman tumbuhan berbunga.
Kemahiran
manipulatif di dalam penyiasatan saintifik adalah kemahiran psikomotor yang
membolehkan pelajar menguasai :
a) Jenis dan unit
pengukuran
b) Pengguanaan dan pengendalian alatan sains
c) Melukis gambarajah dan
alatan dengan tepat
d) Pengendalian specimen
dengan cara yang betul dan
cermat
e) Pembersihkan peralatan
sains dengan betul
f) Penyimpanan alatan sains dan bahan makmak dengan
betul dan selamat
Dengan
menguasai kemahiran manipulatif para saintis mampu mendapatkan keputusan yang
sah. Ia juga akan menghindarkan kemalangan dan Bila menggunakan kemahiran
manipulatif pelajar perlu mengambil kira keselamatan diri dan
rakan-rakan.Langkah-langkah yang perlu diambil termasuk semasa menggunakkan
alatan yang pecah ,tidak mencucuk bahan yang tajam dan panas kepada rakan-rakan
, mengelakkan specimen yang tajam,serangga yang berbisa dan memakan bahan yang
beracun secara tidak sengaja. Melatih sikap tanggungjawab terhadap keselamatan
diri dan orang lain adalah sikap yang baik dan murni.
JENIS
DAN UNIT PENGUKURAN
2.1.1
PENGUKURAN PANJANG
Untuk mengukur panjang,
kita boleh menggunakan pembaris atau pita ukur. Ukuran terkecil pada pembaris
meter adalah 0.1 cm. Pembaris meter hanya boleh mengukur panjang dengan tepat
sehingga 0.1 cm.
Angkup vernier dan
micrometer screw gauge adalah alat yang biasa digunakan didalam makmal dan
industry. Angkup vernier sesuai untuk
mengukur panjang objek, diameter luar (OD) objek berbentuk sfera atau silinder,
diameter dalam (ID) paip dan kedalaman lubang.
2.1.2
MENGUKUR MASA
Masa boleh diukur dengan
menggunakkan alat seperti jam, atau sebarang alat yang mengalami gerakan secara
berkala.
JAM
RANDIK
Jam randik digunakan untuk
mengukur julat masa yang pendek. Terdapat dua jenis jam randik iaitu jam randik
digital dan analog. Jam randik digital lebih tepat dari jam randik analog
kerana ia boleh mengukur masa dalam julat 0.01saat manakala jam randik analog
hanya boleh mengukur masa dalam julat 0.1 saat..
Oleh kerana jam randik
adalah alat yang sensitif dua atau tiga bacaan perlu diambil dan masa purata
dirakamkan. Ini disebabkan masa bermula dan berakhir tidak sama diantara
individu.
Mengukur Isipadu
1.1.4
MENGUKUR SUHU
1.1.5
TERMOMETER
Termometer
raksa adalah termometer yang selalu di gunakan dalam makmal sains. Merkuri
didalam bulb akan mengembang apabila dipanaskan. Pengembangan ini akan menolak
keatas benang merkuri dalam tiub kapilari. Bulb ini diperbuat daripada kaca
yang nipis supaya haba dapat dikonduksikan dengan cepat kepada merkuri .Batang
kaca yang berbentuk silinder bertindak sebagai kanta pembesar supaya suhu boleh
dibaca dengan mudah.
2.1.5
MENGUKUR JISIM
Jisim adalah kandungan
jirim sesuatu objek. Kita selalunya menggunakan neraca tiga palang untuk
mengukur jisim. Ianya mendapat nama neraca tiga palang kerana ia mempunyai tiga
palang yang menunjukkan jisim yang berada pada setiap beam
Neraca tiga palang
membandingkan jisim yang diketahui dengan jisim yang tidak diketahui dan ianya
tidak dipengaruhi oleh gravity, tidak saperti penimbang spring yang mengukur
berat. palang yang pertama mengukur jisim dari 0 hingga 10 grams. palang yang
tengah mengukur dalam julat 100 grams dan beam yang akhir dalam julat 10 grams. Dengan menggunakan ketiga-tiga palang anda
boleh mengukur jisim objek yang anda kehendaki.
1.1.6 MENGUKUR
ARUS ELEKTRIK/VOLTAN
Untuk mengukur jumlah arus
elektrik ammeter boleh digunakan. Ammeter disambungkan secara siri dengan litar
elektrik. . Bacaan skala maksikum adalah pesongan penuh skala.
Kebanyakan ammeter
mempunyai skala berkembar. Ammeter adalah alat yang sensitif. Untuk mengelakan
kerosakan ammeter langkah-langkah berjaga-jaga berikut perlu diperhatikan;
1.
ammeter mempunyai julat yang
sesuai untuk mengukur arus.
2. jika arus yang diukur adalah besar
daripada pesongan maksimun skala ,arus berlebihan akan mengalir melalui ammeter
dan merosakkanya.
3. adalah penting untuk dimulakan dengan
julat yang tertinggi bila menggunakan ammeter.
4. ianya adalah penting untuk
menyambungkan ammeter dengan cara yang betul untuk mengelakkan kerosakan bila
jarum penunjuk bergerak dalam arah yang salah. Terminal positif ammeter perlu
disambungkan kepada terminal positif bateri atau punca kuasa. Begitu juga
dengan terminal negatif ammeter.
5. sebelum menggunakan ammeter pastikan
jarum ammeter berada pada kedudukan sifar. Ini boleh dilakukan dengan
melaraskan pelaras sifar dibawah jarum tersebut.
VOLTMETER
Beza keupayaan merentasi 2 titik
dalam sesuatu litar boleh diukur dengan menggunakan voltmeter. Voltmeter perlu
disambungkan secara selari merentasi komponen yang di ukur. Langkah-langkah
berjaga-jaga sama saperti penggunaan ammeter.
2.2.
PENGGUNAAN DAN PENGENDALIAN ALATAN SAINS
2.2.1 Mikroskop
Mikroskop cahaya – kebanyakan modul yang digunakan di sekolah
menggunakan kanta dan cahaya untuk membesarkan objek. Kanta yang digunakan
membiaskan cahaya untuk membuatkan objek nampak lebih dekat.
Stereoskop – mikroskop ini membenarkan
penglihatan binocular untuk melihat objek yang lebih besar.
l Jangan memanaskan pelarut
yang mudah terbakar dengan api
l Pelarut yang tidak di
gunakan perlu disimpan semula didalam stor pelarut atau di lupuskan tanpa
penangguhan.
l Elakkan tumpahan dan basuh
tangan segera dengan sabun dan air jika berlaku sentuhan..
l Campurkan bahan kimia
kedalam air dan tidak sebaliknya Gunakan spatula yang berlainan untuk bahan
kimia yang berbeza
l Hadkan penggunaan jumlah
bahan kimia yang digunakan dalam makmal.
PENGGUNAAN
DAN PENGENDALIAN ALATAN ELEKTRIK
l Pastikan semua kable
elektrik dalam keaadaan yang baik.
l Pastikan litar tidak
melampaui beban. Penyambungan yang dibuat perlu betul.
l Jangan sentuh peralatan
elektrik yang disambungkan pada punca dengan tangan yang basah.
l Jangan gunakan bahan-bahan
logam atau barangan kemas bila bekerja dengan alatan elektrik.
l Ambil langkah-langkah pencegahan untuk
mengelakkan tumpahan keatas alatan elektrik.
MELUKIS RAJAH DAN ALATAN DENGAN TEPAT
Disini
terdapat beberapa tip untuk melukis specimen.
1.
gunakan kertas kosong yang mempunyai banyak ruang .
2.
gunakan pensil yang tajam..
3. lukis apa yang anda Nampak sahaja.
4. lakar rajah yang besar dan mudah.
5. lukis dengan menggunakan skala yang betul dan
sesuai.
6. jangan
melorek atau mewarnakan rajah. . Use stippling to indicate a
darker
area
7.
gunakan pembaris untuk melukis garisan.jangan merintangi garis
yang berlabel.
8. labelkan bahagian-bahagian objek.
9. berikan tajuk untuk lukisan anda.
No comments:
Post a Comment