Tuesday, January 3, 2012

Cintai Ilmu Sains

Ilmu sains adalah salah satu cabang ilmu sunnatullah yang perlu dipelajari dengan berhikmah agar ilmu ini bakal memberi sinar keimanan kepada Allah yang menciptakan alam ini. Penemuan kepelbagaian ilmu mengenai fenomena alam ini bukan lah secara tidak sengaja atau spontan atau kebetulan tetapi ianya adalah apa yang dimudahkan oleh Allah untuk kita agar manusia berfikir tentang hebat nya ciptaan Allah s.w.t.

Ilmu sains terawalnya ditemui oleh bangsa arab di awal tamadun selepas turun nya mukjizat terbesar iaitu Al Quran, kerana bahasa arab difahami mereka secara mendalam yang memberi ruang untuk mereka menterjemahkan kepelbagai ilmu untuk seterusnya dikaji dan diteliti. Maka jangan takjub dengan penemuan ilmu sains kerana ia adalah ilmu Sunnatullah untuk kita menghayati ciptaan Allah yang menakjubkan.

No comments: